Salah satu objektif utama pelabur apabila membuat pelaburan adalah untuk menjana pulangan (yang lumayan).

Namun begitu, untuk meyakinkan pelabur untuk memberi tuan/puan wang bukan satu perkara yang mudah.

Ye lah, diorang dah bertahun kumpul harta – takkan nak bagi duit secara sambil lewa kan. Tentunya mereka hanya akan pilih pelaburan yang menguntungkan dan membolehkan mereka capai objektif dan KPI.

Sedikit amaran – proses mencari dana atau ‘fundraising’ memakan masa, melibatkan ramai pihak dan boleh menyebabkan kita hilang tumpuan daripada operasi syarikat.

Jadi tepuk dada tanya iman dahulu – adakah tuan/puan bersedia tidur 3-4 jam sehari? Suami/isteri bising-bising sebab tak ada masa untuk diluangkan? Otak berkecai sebab baca dokumen 70 muka surat?

Baca di otakit