Dropout, tidak bermakna akan gagal selamanya. Beberapa individu ternama seperti Steve Jobs,Bill Gates, Evan Williams, dan Mark Zuckerberg antara beberapa individu yang telah buktikan sebaliknya bahawa segulung ijazah bukan penentu masa hadapan.

Ini dibuktikan oleh pengasas TheVect.com, Amirul Redzuan Bin Ahmad yang berhenti dari  Universiti Utara Malaysia. Manakala co-founder Farhan Bin Kamal, sedang dalam pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal Universiti Malaya. Tag Team antara dua individu ini, membolehkan TheVect, sebuah syarikat permulaan yang menawarkan khidmat sewaan pelbagai jenis kenderaan termasuk helikopter dan jet peribadi di realisasikan.

Mengambarkan dirinya sebagai seorang yang Idealistik, pemikir, mudah bergaul dan berkeupayaan menyelesaikan sesuatu perkara dengan praktikal dan memudahkan urusan, Amirul Redzuan berwawasan menjadikan TheVect satu pelantar yang berjaya dalam masa yang singkat.

“3 tahun. Itu tempoh target thevect akan menjadi 1 platform yang cukup membanggakan dari seseorang yang bermula kecil tapi bercita-cita besar.”

Percaya atau tidak, beliau berkelayakan untuk menjadi guru agama dan pernah menjadi mengajar di sekolah. Sebelum membangunkan TheVect, Amirul Redzuan pernah menjadi photgrapher, yang mana ketika itu masih menggunakan kamera SLR sebelum DSLR menjadi tersohor. Beliau kemudiannya mengendalikan perkhidmatan sewa kenderaan secara konvensional di Shah Alam dan Johor Bharu.

Ikuti temuramah Otakit.my dengan Founder TheVect.com Amirul Redzuan Bin Ahmad.

Baca di Otakit.com